Sunday, October 19, 2008

FIKIRKANLAH...




hati ini terluka... namun, hari ini aku berasa amat bertuah. kerana apa? kerana dirinya telah membuat keputusan yang betul. dahulu, hati ini amat sedih sekali. cinta kami korbankan bila sesuatu kami cari.... orang kata kalau bercinta dengan orang jauh takda la maksiat yang jadi.. benarkah begitu??? hakikatnya, maksiat pasti akan berlaku. macam mana?? maksiat yang pasti berlaku pastilah maksiat telinga.. pasti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta akan bergayut berjam-jam lamanya.... macam tu juga la dengan mulut.mesti banyak membebel kan2??? hehe... biasalah tu. tapi, yang buat hati ini sedih..bila cinta kepada kekasih terlalu mendalam.. itulah maksiat hati. kadang-kadang atau yang lebih tepat lagi selalunya kita lupa bahawa kita perlu cinta kepada Allah lebih daripada segala-galanya... rasa berdosa sangat.. rasa macam nak menangis.. persoalan yang sering bermain difikiran kita ialah... "kenapa aku frust?" jawapan yang sering dicari. bukan hanya kalian yang tercari-cari, malah diriku juga mencari jawapan pasti untuk persoalan itu... kepada semua, Allah ada jawapan yang pasti terbaik untuk kalian melalui firmannya di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang memberitahu bahawa.......

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. tetapi kadang-kala kita selalu melakukan perkara yang ditegah. kita tidak suka apa yang baik untuk kita,tetapi kita suka apa yang tidak baik untuk kita. jadi,bila ada kekecewaan,tanyalah diri kita... muhasabahlah diri kita.. di kesempatan ini, diri ini ingin sekali berterima kasih kepada insan yang bernama mohd jumain bin ismail kerana sudi mengambil langkah yang terbaik dan kerana menyedarkan diri ini... semoga diriku bertahan tanpa maksiat di hati=)

No comments: