Monday, July 19, 2010

HUTANG DAN BANCI


Tentu tertanya-tanya ape kena mengena antara hutang dan banci... Pada mulanya saya kurang berminat nak menjadi pembanci. Borang yang pegawai saya ambil di pe
jabat daerah tidak saya hiraukan. Mohon untuk menjadi pembanci bermakna bersedia untuk menggalas tugas yang diamanahkan. Tugas sebagai pembanci adalah berat kerana hakikat yang sebenarnya, segala urusan kewangan dan pembangunan adalah berdasakan maklumat daripada pembanci. Jadi, jika responden yang kami temui memberikan maklumat palsu, maka, tidak tepatlah maklumat dan tidak sesuailah peruntukan yang akan
diberikan oleh kerajaan... Jadi, saya mahu tegaskan, janganlah mahu menyalahkan kerajaan semata-mata... Tengok diri sendiri dulu ea kawan-kawan.


Ada beberapa sebab mengapa saya bersetuju untuk menjawat jawatan pembanci walaupun saya sedar betapa beratnya tugas ini. Yang pertamanya, saya mahu menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia. Saya sangat berhara
p dapat memberikan khidmat saya walaupun hanya untuk 2 bulan..... Yang kedua, saya mahu mencari pengalaman dengan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia. Macam-macam ragam saya jumpa. Manusia oh manusia. Dan sebab yang terakhir adalah untuk membayar HUTANG.....

Walaupun saya hanya berhutang dengan adik saya, saya tetap wajib membayar hutang itu iaitu sebanyak RM360. Tau pinjam taulah pulangkan semula... Dan saya rasa sangat sedih bila orang yang meminjam daripada saya enggan memulangkan wang yang dipinjam walaupun saya memintanya... RM3000... Bukan niat saya untuk mengungkit kembali, tapi tahukah orang itu macam mana perasaan saya bila saya benar-benar memerlukan... Di sini saya tegaskan bahawa saya benar-benar kesal kerana orang itu terus senyap menyepi... Hancur betul perasaan saya. Saya harap tidak akan terbit rasa benci di hati saya...

banci penduduk dan perumahan dijalankan sepuluh tahun sekali..... sila berikan maklumat yang tepat.... janganlah cakap tak tau... cam bodoh sangat je