Friday, June 18, 2010

.: MASALAH :.

Saya terfikir, kenapa masalah saya banyak. Nak buat sesuatu pasti ada masalah... Tapi bila saya fikir balik, masih ramai lagi yang mempunyai masalah yang lagi besar. Penderitaan hidup yang berpanjangan di Palestin.... Dan saya yang bertuah di bumi Malaysia asyik merungut.... Dan saya rasa saya harus bersyukur kerana.... " Nikmat Allah yang mana yang hendak saya dustakan lagi???" Tiada..... Alhamdulillah saya mempunyai akal kurniaan Allah untuk saya fikir cara menyelesaikan masalah

Tuesday, June 15, 2010

.: AKU DAN DUNIAKU :.

Hampir setahun saya bekerja di sini, Pusat Khidmat DUN Pasir Raja. Dalam kesibukan mencari pekerjaan yang baru, tanpa saya sedari sudah beberapa peluang pekerjaan telah saya tolak. Meskipun ramai yang menggesa saya untuk menukar pekerjaan, saya akur dan akan cuba untuk mencari pekerjaan lain yang lebih terjamin. Hakikatnya, saya berasa amat gembira bila saya dapat membantu. Tentulah bukan banyak yang dapat saya bantu, tetapi hati saya tenang tatkala saya bekerja di sini.
Kadang kala kebimbangan tetap terasa tatkala gesaan yang saya terima membuatkan saya banyak berfikir... Kenapa saya harus menolak beberapa peluang yang ada. Memang benar bahawa peluang datang hanya sekali. Tetapi, saya nekad. Membiarkan peluang yang hadir berlalu begitu sahaja. Saya sangat percaya bahawa peluang yang lebih baik akan hadir. Saya sangat percaya rezeki dari Allah takkan putus2. Biarlah saya seketika di sini... Saya berjanji bahawa saya tidak akan menolak peluang yang seterusnya... Jangan risaukan saya. Saya akan terus kuat sehingga akhir hayat saya..