Tuesday, August 25, 2009

MEMBAZIRNYA...

gambar ini adalah hiasan semata-mata

Hari ini adalah hari keempat berpuasa. Azam untuk tidak membazir masih lagi membara. Tapi.... Hari pertama berpuasa meja penuh dengan makanan, tapi makan berdua... bukan aku masak atau beli tapi kak imah dan kak dora bagi. Aku masak 2 jenis lauk je. Bila pergi umah mama, aku kena makan lagi. PergHHH.. penuhnya.. tak termasuk yang kena bawa balik. Akhirnya terbuang makanan tu.. Semalam pun macam tu jugak... Macam mana ni??? Risau pula... Yelah teringat orang yang tiada makanan untuk berbuka... Tapi aku amat bersyukur sebab rezeki kami adik-beradik tidak putus walaupun tak macam dulu... Alhamdulillah.. Aku harap tiada la pembaziran lagi...

Monday, August 24, 2009

> jauhkan aku dari rindu yang sia2 <

tiba-tiba rasa rindu...
dah kucuba buang rindu di hati
tapi apalah dayaku ini
tidak kuatkah aku untuk menepis segala rasa ini???
rasa yang tidak perlu ada
kerana dia aku hancur
tetapi kerana dia aku tahu
cinta ini bukan hakikinya untuk manusia
hakikinya cinta buat yang Esa
bila cinta pada yang Esa jadi keutamaan
akan tiada lagi kecewa
akan tiada lagi gelisah
sedarlah...
sedarlah...
jangan biarkan kita leka
sebaliknya cintailah Ilahi
hakikatnya aku lebih bahagia
dengan memupuk rasa cinta pada-Nya

Friday, August 21, 2009

Program Ramadhan ke 2

kak zura

Semalam aku serta kak Zura dan brother Rozy pergi ikut datuk ke majlis berbuka puasa dan bersembahyang terawikh di Felda Pasir Raja. Erm buat pertama kalinya aku ikut majlis berbuka puasa. Kak Zura pun. Biasalah majlis bersama rakyat. Aku takut nak makan. Perut macam ada kupu-kupu.. Erm mujurlah tak ada apa2 yang keluar. Kalau tak??? Huhu... tak dapat nak bayangkan. Adik aku pulak tak nak ikut. Berbuka sorang2 la dia. Sape suruh. Selepas menyelesaikan solat terawikh, kami pergi melawat ke rumah penduduk di sana di mana mereka baru sahaja kehilangan orang tersayang. Datuk naik motor. Aku dengan Kak Zura pula naik kereta. Macam mak datin lagaknya... (merasa la jugak. hehe..). Kat sana aku dengan kak zura duk diam2 dalam kereta. ( bukan sombong tak nak naik, tapi brother tinggalkan kitaorang. kitaorang tak tau buka lock.) Teruk betul... Maaf ye tuan rumah...

Selesai menziarah, apelagi??? minum kat kedai.. (orang jawa kata ngeteh). Mujurlah sekejap... Pas tu hantar datuk balik. Dalam perjalanan, datuk pesan, " KITA wakil rakyat kena mesra". Perkataan kita yang digunakan menunjukkan kitaorang pun wakil rakyat ke? Maksudnya kena buat kerja elok2 dan layan semua warga Dun Pasir Raja dengan mesra.. Esok nasib baik staff perempuan tak payah ikut. Program luar kawasan katanya... Alhamdulillah.. Boleh teman adik aku kat rumah..

Perjalanan pulang ke rumah tidak terasa penatnya kerana balik boleh tidur.. Excited tu nak balik rumah.. Hehe... Hope Ramadhan ni memberi erti yang lebih bermakna bukan sahaja untuk aku tapi untuk semua umat Islam... InsyaAllah..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN




Esok adalah masanya di mana semua umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Setiap tahun Ramadhan yang mulia disambut dengan suasana yang berbeza. Kalau dahulu bersama ayah dan ibu mahupun bersama roomate yang tersayang.


Tapi tahun ini Ramadhan yang kusambut amat berbeza. Berdua bersama adikku. Dan tahun ini, aku bersama-sama teman sepejabat juga akan mengikuti program yang datuk pergi. So, kene ikut bos. Dan tak ketinggalan, datuk juga menyuruh adikku ikut sama. Haha... baru nak buka berdua kat rumah.... Lagi ramai lagi meriah la.


Dan dikesempatan ini saya AMIRA BT MUSFAN ingin memohon ampun dan maaf dengan semua orang. Sempena datangnya Ramadhan ini, diharap keampunan yang diberi akan lebih memberkati puasaku. InsyaAllah...


Wednesday, August 19, 2009

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan

JOM SHARE APA YANG AKU JUMPA DALAM THUMBDRIVE KU

  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.


  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.


  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.


  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.


  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.
    Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.
  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.


  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.

  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".

  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!

  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!

  • Tiada siapa yang berhak mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.


  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.

  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.

  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.

  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.

  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.

  • Pada pandangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

" marah??? "

Pagi tadi sebaik sahaja aku membuka pintu pagar untuk ke rumah kak Imah yang akan menghantarku ke tempat kerja, aku dikejutkan dengan suara nyonya yang tinggal berhampiran dengan rumah aku. Herm.... suaranya yang kuat membuat mataku segar bugar.. Almaklumlah mata aku memang la kecil... Well nyonya tu kata dia kesian kat aku dan adik aku. Yelah tinggal berdua jer. Aku iyekan aje la kata-katanya. Senyum jer. Orang Kata kalau senyum kita akan rasa lagi bahagia.. Orang baik kat kita, kita pun kenalah berbudi bahasa.
Oh teringat pulak pesan arwah ibu. Jangan gaduh dengan cine sebelah lagi... La... sape suruh dia kurang ajar sangat. Mengamuklah aku. Dia pun tak berani nak tegur aku lagi. Tapi, pas ibu dah tak da, dia ok je dengan aku. Aku pun ok la. Aku akan hormat orang kalau orang tu juga tahu menghormati orang lain dan berbudi bahasa.. Alah susah sangat ke??? Jangan kurang ajar!!!! Haha... hilang sudah kemarahan aku....
Aku bukanlah sesabar ayah dan ibuku. Memang bukan salahku. Aku pun penyabar. Tapi kalau aku mengamuk maknanya??? Tak ada maknanya.hehe...

Tuesday, August 18, 2009

.: RAMADHAN DATANG LAGI :.

Setiap tahun ramadhan yang datang kusambut dengan suasana yang berbeza. Bulan yang baik ini mengghairahkan aku untuk melalui hari-harinya. Biar tanpa ayah dan ibu, tapi itu bukan halangannya. Aku amat bersyukur jika Allah masih membenarkan aku untuk melalui ramadhan yang mulia ini sekali lagi. Mudah-mudahan umat Islam di dunia ini memperoleh keberkatan di bulan ini. Erm... agaknya, belanja di bulan puasa ni <> dari bulan biasa ya? Semoga aku, kamu, dan mereka dapat mengawal hawa nafsu agar Ramadhan yang di lalui diberkati dan bukan dilaknati...

Monday, August 10, 2009

sudah lama rasanya aku tak update blog nie... well sekarang sume dah berubah. ye ke?? hurm mugkin aku memerlukan masa dan ruang untuk memulakan hidup baru.. tanpa ibu tercinta.. kuat ke aku? well life must go on kan... mestilah aku kuat.. hadapi semua dengan baik.mungkin permulaan yang agak sukar... aku harap kehidupan aku dipermudahkan... amin...