Monday, October 20, 2008

.:: BILA BERSAMA, PASTI AKAN BERPISAH? ::.


perpisahan oh perpisahan....ramai yang sedih bila berpisah.tapi...lupa ke?hakikatnya, pertemuan adalah penyebab kepada perpisahan.mungkin kita rasa SeNAng? sUKa? GEmbIra? ataupun TeruJA.. bilamana dapat bertemu dan berkenalan dengan rakan-rakan baru..kan..kan? tapi, itulah yang dinamakan kehidupan. kadang-kadang kita berpisah kerana cita-cita, atau mungkin kerana dah bosan? atau kita terpisah bila ajal yang datang tanpa kita mengetahuinya.. aku pulak asyik dengan buntat kesayangan aku.salah ke? kalau buntat tiada,rasa macam lain je.mungkin juga kerana buntat adalah pemberian seseorang? apapun alasannya, kita akan sukar berpisah dengan seseorang atau sesuatu,bila kita sudah biasa dengan keadaan itu. ape kata,tinggal cerita tentang buntat... aku nak bercerita tentang dia.. siapa dia? jom la baca lagi.


ni la si dia tu.. bukan yang kat atas lah... kat atas tu buntat dengan kawan baik dia..jebon...
si dia yang aku maksudkan ialah, adalah akak bilik aku, nama dia norfadillah atau nama timangan dalam bilik, kak adil...

sem ni adalah sem terakhir aku bersama sebilik dengan dia coz dia da nak grade dah.. terpaksalah aku berpisah dengannya..walaupun dah tak sebilik, aku harap la sangat hubungan kitaorang akan terus kekal hingga akhir hayat. al maklum la,mase aku part 1, aku dengan dia ni ada masalah jiwa sikit. masing-masing banyak perangai. nyaris gak aku nak pindah bilik. tapi, aku tak nak... jadi, kitaorang cari la jalan penyelesaian. memahami satu sama lain.semua suka duka dirasai bersama. bak kata kak adil, sharing is caring.hehe... kami sebilik dah macam adik beradik dah. tiada rahsia antara kami..(upin pun cakap.. btul3 kali macam selalu). semoga persahabatan kami sebilik akan berpanjangan.. akhir kata untuk kak adil.. terima kasih sebab transfer segala kemahiran kepada aku dan ana, adik biliknya... =)

Sunday, October 19, 2008

ADIKKU OH ADIKKU

amri bin musfan


adikku bersama sahabat baik aku, ecah dan anis



teringat pula kat adik aku yang seorang ini. nama dia amri bin musfan.peminat boleh tahan ramai (perasan la tu) tahun ni dia bakal menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia. aku tau betapa payahnya dirinya. menjaga ibu yang sakit. mungkin di situ letaknya syurga buat dirimu. aku harap sangat adikku tabah melalui hidup yang penuh ranjaunya. walaupun ayahku dah tiada, tapi tiada halangan untuk dirimu menjadi pengganti ayah sebagai ketua keluarga dan secara automatiknya wali aku... aku nak adikku berjaya. aku bukanlah akak yang sempurna untuk adik sebaik dirinya. semoga pengalaman hidup yang dilalui akan menjadikan dirinya lebih matang. jutaan terima kasih buat semua orang yang banyak membantu anak yatim seperti adikku. perasaan aku terharu bilamana ramai dikalangan guru-gurunya dan sahabat handainya membantu dan memberi semangat, Allah sahaja yang dapat membalasnya. kepada insan-insan yang berat membantu tetapi asyik berkata yang tidak sepatutnya kepada bukan sahaja kepada aku malah kepada adikku mahupun ibuku, diharap Allah membuka hati kalian. aku dan adikku tidak kisah melepaskan apa yang hak bagi kami, kerana kami berharap kalian akan berpuas hati. rasanya,perkataan yang mahu aku katakan kepada adikku adalah "akak sayang e" huhu jangan gelakkan akak tau =)





FIKIRKANLAH...




hati ini terluka... namun, hari ini aku berasa amat bertuah. kerana apa? kerana dirinya telah membuat keputusan yang betul. dahulu, hati ini amat sedih sekali. cinta kami korbankan bila sesuatu kami cari.... orang kata kalau bercinta dengan orang jauh takda la maksiat yang jadi.. benarkah begitu??? hakikatnya, maksiat pasti akan berlaku. macam mana?? maksiat yang pasti berlaku pastilah maksiat telinga.. pasti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta akan bergayut berjam-jam lamanya.... macam tu juga la dengan mulut.mesti banyak membebel kan2??? hehe... biasalah tu. tapi, yang buat hati ini sedih..bila cinta kepada kekasih terlalu mendalam.. itulah maksiat hati. kadang-kadang atau yang lebih tepat lagi selalunya kita lupa bahawa kita perlu cinta kepada Allah lebih daripada segala-galanya... rasa berdosa sangat.. rasa macam nak menangis.. persoalan yang sering bermain difikiran kita ialah... "kenapa aku frust?" jawapan yang sering dicari. bukan hanya kalian yang tercari-cari, malah diriku juga mencari jawapan pasti untuk persoalan itu... kepada semua, Allah ada jawapan yang pasti terbaik untuk kalian melalui firmannya di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang memberitahu bahawa.......

Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. tetapi kadang-kala kita selalu melakukan perkara yang ditegah. kita tidak suka apa yang baik untuk kita,tetapi kita suka apa yang tidak baik untuk kita. jadi,bila ada kekecewaan,tanyalah diri kita... muhasabahlah diri kita.. di kesempatan ini, diri ini ingin sekali berterima kasih kepada insan yang bernama mohd jumain bin ismail kerana sudi mengambil langkah yang terbaik dan kerana menyedarkan diri ini... semoga diriku bertahan tanpa maksiat di hati=)

AMIRA SEMPENA AMIRA???



nama aku amira binti musfan. aku dilahirkan pada 13 september 1988 di hospital sultanah aminah, johor bahru. kenapa nama aku amira ek??? sebanarnya, walaupun name aku ni pendek, tapi ambil mase jugak la nak letak. sebenarnya arwah atuk aku nak letak name musalmah...huhu atuk aku nak letak sempena gabungan musfan+selasa+asmah... mesti la ibu aku tak nak. ibu kata macam kampung. akhirnya ibu letak nama aku amira sebab ibu aku berkenan sangat dengan isteri seorang engineer tu sebab isteri dia sopan santun dan baik hati.... mesti la harapan ibu aku nak aku jadi macam tu juga... tapi sayangnya isteri engineer tu dah meninggal. kata ibu, engineer tu pernah dukung aku mase aku baby lagi.. bila dia tanya ibu aku nama aku, ibu bagitau la nama aku amira. dia kata nama aku sama macam arwah isteri dia.. ibu aku diam je tanpa bagitau yang nama aku sempena nama isteri dia... aku ni mase kecik-kecik lasak+degil. dah la tu mulut laser giler.. tapi rasanya sekarang dah berubah dah. mungkin sebab aku dah besar kot.. so,harap sangat la aku jadi seperti yang diharapkan =)