Wednesday, October 28, 2009

BUATMU IBU
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu
Tadi, usai membaca entri kawanku, Nurul Aini, mengingatkan aku kepada ibuku.. Tatkala hati meronta menyesali diri yang tidak sempat untuk membalas jasanya. Tatkala hati meronta-ronta merindui diri ibu. Mungkin Ain masih lagi bernasib baik kerana ibunya masih ada untuk mendoakan dirinya. Dan kawanku masih lagi mempunyai peluang untuk terus membalas jasa ibunya... Sedangkan aku hanya mampu berdoa dan merindui dirinya. Terfikir alangkah bahagianya jika ayah dan ibuku masih ada... Alangkah seronoknya. Tetapi, terfikir pula kepada anak-anak kecil yang sudah pun bergelar yatim piatu di awal usia. Terasa diri ini masih lagi bernasib baik. Teringat apabila mereka kelaparan... Hati menjadi sayu.. Bagaimana dengan mereka??? Ternyata aku masih bernasib baik. Masih sempat merasa kasih sayang ibu dan ayah... Teringat bait-bait lagu ini pernah aku hadiahkan buat ibu. Lalu tanpa segan mengalir airmataku. Dan selepas itu, satu persatu rakan sebilikku menangis mengingatkan ibu bapa mereka... Bergilir-gilir pada hari-hari di minggu itu.. Huhuhu.
Dan bila tadi saudara Erfan bertanya kenapa aku tak menghadiri majlis konvo... Bukan tak nak pergi, tapi cuma tidak mahu menangis dan mengada-ngada macam aku sorang je yang tiada ibu dan ayah... Bila mahu jadi lebih kuat, sebenarnya kita perlu melihat orang yang di bawah dan bukan di atas. Cuma mungkin kadang-kadang kita terpandang orang yang berada di atas dan berfikir alangkah baiknya jika hidup kita seperti mereka....
Dan bila ada mata yang tidak suka memandang kebahagiaan aku walaupun penuh dengan kekurangan, sakit hati akan hilang bila kita bersama kita dan bersama orang yang cuba membahagiakan kita. Kerana dengan ini akan lebih menjadikan kita lebih bahagia.
Dan bila kita mahu meluahkan, mungkin adalah lebih baik jika meluahkan kepada yang pernah mengalami apa yang kita sedang lalui. Atau mungkin kepada orang yang mahu mengerti.. Agar kita tidak merasa sedih bila si pendengar tidak memahami.
Dan bila kita sedih, menangislah kerana itu akan membuatkan kita lebih tenang dan selepas itu, segeralah senyum. Kerana manisnya senyuman mampu menghilangkan pahitnya duka.
Dan bila kita senang, janganlah lupa kepada mereka yang susah. Kerana bila kita menolong orang yang susah, akan membuat kita lebih gembira.
Dan cubalah membahagiakan orang yang menyintai kita. Kerana dengan menyintai mereka akan membahagiakan semua orang. Dan akan membuatkan mereka dihargai.
Dan saya amat berharap agar kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang membaca entri ini akan cuba menjadi bahagia, membahagiakan orang lain, dan kuat menghadapi hidup... Kerana saya sayang kamu.hehehe