Tuesday, March 31, 2009

.::selamat pengantin baru::.

kak maria dengan abang wan

nie kiteorang n kak maria... amk berkat pengantin...


just nak wish smg berbahagia sehingga akhir hayat... kebahagiaan yang kekal abadi...
from impianiaz


Thursday, March 26, 2009

presentation business development..... meteora

aksi terlampau




meteora





cheese....

  • 13 mac 2008, sebenarnya tarikh yang bertuah ni aku ada presentation business development dengan kumpulan aku...meteora... yang terdiri daripada aku, ain, ina, ct n ika... sebenarnya b4 d presentation business development, aku n ain ada presentation untuk subjek organizational behavior... tentang stress management...

  • aku sebenarnya takda perasaan ape2 pn mase nak present... mungkin dah tue2 ni da kurang la rasa gementar aku ni. yang rasa seronoknya, lecture puji presentation aku n ain. kawan2 pulak suka topik ni dan tak berhenti-henti mengajukan soalan. terima kasih atas participation u all. aku dapat tengok mlm sebelum presentation ain cam stress je.huhu.... aku pulak try cover stress. malu la... dah la wat topik stress management.... selesai je presentation, aku ngan ain ape lagi.. kasut tinggi di tukar selipar je..nak berkejar ke blok u untuk presentation yang seterusnya...

  • sampai je kat kelas aku rasa bersyukur sangat... mana tak nye, puan tak sampai lagi... so,masa yang sesuai untuk bertenang la..... kumpulan aku buat pasal kilang kerepek kat batu pahat.. salleh food supplier and marketing..

  • bahagianya kitaorang bila lecture suka presentation kitaorang... walaupun banyak halangan,kitaorang berjaya puaskan hati puan tu. ye la, tak nk la kene marah.. tak best.. aku rasa sayang sangat kat kumpulan aku.aku tau diaorang stress... tapi, diaorang pandai manage stress tu. stress pun membantu untuk kita buat yang terbaik...

  • terima kasih sangat... bahagia sangat satu kumpulan dengan korang. semoga ahli kumpulan aku akan berjaya... kenapa??? bukan akademik semata-mata.. tapi, perilaku yang menyenangkan...

Wednesday, March 4, 2009

.:: FILEM KITA WAJAH KITA ::.

~pada 28 febuari 2009 dan 1 mac 2009, di uitm johor, berlangsung la tayangan 2 buah filem yang sangat menarik iaitu WAYANG dan satu lagi SYURGA CINTA....

~nak tau sama ada filem ni menarik atau tidak????

~jom la baca...



WAYANG, 28 FEBRUARI 2009
En hatta azad khan sedang berucap

persembahan nyanyian oleh komposer yg bernama hafiz serta 2 pelajar uitm



eman manan, pelakon utama filem ini turut hadir





~ filem yang bertajuk WAYANG ini pernah di tayangkan di pawagam tetapi tidak mendapat sambutan. Agaknya kenapa ye? kerana filem ini berkisarkan budaya MALAYSIA, iaitu wayang kulit. mungkin orang MALAYSIA ingat filem ni bosan.kan? tetapi hakikatnya, sepanjang menonton filem ni aku asyik ketawa je... cerita ni amat menarik.

~filem ni menceritakan seorang lelaki bernama pak awang yang menjadikan wayang kulit sebagai sumber rezekinya.tetapi malangnya, dia tidak tahu kepada siapakah bakatnya akan diperturunkan. anaknya sendiri tidak berminat...... sehinggalah pak awang mendapat anak angkat yang berminat akan wayang kulit tetapi buta... la... macam mana ek? mestilah gagal... da tu ape jadi agaknya???? erm... pak awang dipertanggungjawabkan pula menjaga melor yang sengau... em lalu jadilah kombinasi yang sempurna...nak cerita banyak2 pun tak reti... ape kata tengok sendiri... tak rugi pun. menarik, kelakar... yang penting, pertahankan warisan kita... takkan menyesallah..aku yang bukan kaki wayang dah kata best, mestilah best. TAK TIPU.
~tahniah kepada yang terlibat terutama student yang dalam filem ni. praktikal yang memerlukan pengorbanan.... hidup uitm...




SYURGA CINTA, 1 MAC 2009


akan di tayangkan 21 mei 2009 nanti..tunggu.......


comel tak tiket syurga cinta ni???

~filem ni adalah filem tentang cinta.. tentang seorang lelaki yang sosial dan bebas terpikat pada seorang perempuan bertudung dan mempunyai agama...

~unsur-unsur agama diterapkan didalam filem ini.... terbuka hati lelaki itu kerana indahnya wanita yang mempunyai agama yang baik. cerita ni memang best, kelakar pun ya jugak....

~islam is the right way.bila amalkan islam, hati akan tenang.

~taknak cerita banyak sangat....

~mase nak tengok cite nie, seseorang yang terbabit dalam penerbitan cakap... mutu tayangan adalah sama dengan nilai yang di bayar..... huhu tak patut cakap macam tu... rm7... duit tetap duit. kalau aku g tengok wayang bawa kad pelajar, leh dapat rm6... kalau nak cakap tu sopan sikit ea...

~tahniah untuk semua yang terlibat terutama Ahmad idham...