Saturday, September 26, 2009

.: SYAWAL :.

Hari ini adalah hari ketujuh raya. Aku sudah memulakan tugas di pejabat. Hari raya tahun ini agak meriah walaupun tanpa insan yang amat aku sayang. ( ayah dan ibu ). Sebagaimana semua orang tahu, Syawal adalah bulan kemenangan di mana semua umat Islam bergembira. Aku tidak ketinggalan untuk bergembira menyambut Syawal yang mulia bersama saudara sebelah ibuku...

SAHABAT
Dari hari raya yang pertama hinggalah keenam aku tak lekat di rumah. Menyambung silaturrahim. Beraya bersama teman-teman semasa di sekolah rendah dan menengah. Aku juga turut beraya ke rumah cikguku. Meriah sangat. Dapat jumpa, bermaafan dan mengetahui hal terbaru rakan-rakan. Banyak cerita yang aku dengar. Macam-macam dah jadi.... Sampai unexpected things pun jadi... Inilah namanya kehidupan. Hope sangat kawan-kawan aku yang ada masalah kuat hadapi dugaan... Dan hope sangat hubungan ini kekal ke akhir hayat.. Kepada yang hilang, hubungilah kitaorang.. Jangan lupakan teman seperjuangan. Maklumlah cuma 11 orang je yang join.. ( Aku, baby, as, yulee, salmah, fana, rai, minah, mimi, tasha, dan wani )
Sahabatku semasa sekolah menengah pun ada beraya bersama. Tapi lain hari la.. Wah3... Sampai tak larat nak jalan pun jalan gak. Biasalah tak leh duk rumah diam-diam. Tapi tahun ni berlima je jalan. ( Faiz, Dian@gf faiz, Rustam, aku dan Salmah) Tapi takpe. Kawan-kawan yang lain dah balik kampus. Lagipun kereta tak muat..
SOMEONE
Seseorang berpesan.. "Jangan happy sangat.." Tak boleh ke??? Salah eh happy??? Macam la orang takda parents tak boleh nak happy.. Down giler aku.. Aku buat benda salah ke??? Pergi disko? takpun.. Pergi beraya je. Aku tak sembahyang??? Wah hebat tuduhan tu... Sayunya hati... Orang macam inilah yang selalu melemahkan orang yang macam aku dan adikku... Rasa tak berhak untuk bahagia. Kadang-kadang aku terfikir kalau seseorang ni telah berbudi, so seseorang ni boleh buat macam ni ke? Atau anak yang dah tiada ibu dan ayah boleh dilayan macam ni??? Kalau la ikutkan hati yang sedih, i hope that someone will be in my shoes oneday ( jahat sangat ke aku? tak tergamak la, acah je ) But deep in my heart, i really hope that someone will be more happy than before and of course more better than me. Cause i have nothing. I hope that someone will not worry if I will be too happy. Someone should know that I look very happy but the reality is not. But I tried to be so happy. InsyaAllah.. Aku akan jadi bahagia. Takkan putus asa atas tuduhan yang tidak berasas. Down sekejap je. Mira kan kuat..


Friday, September 4, 2009

== TAG OH TAG ==

Aku di tag oleh wani
1.kalau anda jadi org terkaye didunia?
Nak tolong anak yatim dan orang tua, nak sambung belajar, nak shopping, nak beli rumah dan decorate habis- habisan. Nak make sure aku tak muflis. Haha

2. kalau anda jadi orang terseksi didunia?
Takmo2. Aku makin banyak dosa kang.

3.kalau anda perlu terjun dr tingkat ke-1oo untuk membuktikan cinta anda?
Never do it

4.kalau orang kate blog awak teruk nk mampos?
Cakap je la thanks…

5.kalau keluarga anda yg tentukan teman idup anda?
Bersedia. Family first

6.kalau tiada lagi hari esok?
Takut sangat2. Cukup ke amal???

7.kalau orang yang anda benci berade didepan anda?
Buat tak nampak. Tapi kalau dia pandang aku, aku senyum lar..

8. kalau anda berpeluang masok Fear Factor dan makan bnde2 pelik?
Makan benda2 pelik time darurat ye

9.kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?
Memang dah tak da pun.. Rasa hilang kasih sayang. But we must be strong


10.kalau anda berjumpa dengan orang artis/ selebriti yang paleng anda minati. nyatakan nama artis tersebut dan sebabnye?
Tak da.

11.kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunoh?
Orang JAHAT. Paham2 jela


12.kalau oang kate anda kacak/chantek?
thanks!

13.kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?
Life must go on. Hope tak la

14. kalau anda terpakse mengorbankan cinta anda untuk orang lain?
Asal orang yang kita sayang leh bahagia. Y not???

15.kalau anda memenangi anugerah? dan anugerah ape yang anda inginkan?
Penah menang anugerah mulut paling laser.Wanita melayu terakhir..haha

16.kalau anda berpeluang mengahwini benda selain manusia, benda apa yang anda inginkan?
Baik tak kawin

17. kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?
Sedih…. Tapi, sape yang boleh lawan takdir? Kuat semangat.

18.kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?
Sedey..aku ada wat salah ke??sowi

19.mengenai org yg tag kamu neh?
Baidurian,satu kelas ngan aku n slumber


20.tag kepade;
1) Ain
2) Ct
3) Kak Adil
4) Mariam

.: HATI SENANG + BAHAGIA + SUKA + TAKUT :.

Hari ini aku nak share sesuatu yang membuat aku lupa masalah atau apa-apa yang menyedihkan aku... Saja nak tulis kat entri ni.. Yelah kan Allah tu adil. Selepas mendung dan hujan, pelangi nan indah menjelma menghiasi alam ini...

Well kita start tentang cerita pertama. Hari Rabu lepas, kakak angkat aku datang rumah nak berbuka dengan aku.. huhu.. Benda pertama yang terlintas kat fikiran aku adalah... Nak masak apa??? Gelabah betul aku ni. Mujurlah kak Zura call dan cakap tak payah masak apa-apa. Semua dia yang sediakan. Untuk pengetahuan kalian, aku dapat kakak angkat ni masa aku belajar memandu.. Katanya aku tabah dan comel.. Thanks..

Mula-mula mesti la aku malu kan. Yela kak Zura datang dengan suami dan anaknya. Aku balik kerja punyalah kelam-kabut. Banyak betul makanan. ( makanan yang kak zura bawa + kak imah bagi + kak dora bagi ). Bayangkanlah macam mana banyaknya. Seronok sangat berbuka dengan diaorang. Kak Zura dengan suaminya slumber banget. So, aku tak la kekok. So, lepas makan, mestilah agenda membasuh pinggan.

Huhu.. Rupa-rupanya kak Zura nak recomment aku kat adik iparnya.. Lor.. Aku ni muda lagi dong.. Nak gugur jantung. Teringat pula aku pernah ditertawakan oleh Puan Roza ( lecture aku ) sebab tak tau kenen-kenen tu apa benda.. Alasan Kak Zura aku anak yatim dan dia nak ada orang jaga aku. Lagipun aku tak percaya kat orang yang tak berapa rapat ni... Weh kahwin bukan main-main ye.

Selepas tu aku pergi terawikh. Dalam perjalanan tu, aku teringat kawan-kawan kat UiTM Segamat terutamanya warga wing Impian. Wajah mereka terbayang di minda. Sakit ataupun sihat kami bersama. Susah atau senang pun bersama. Dalam perjalanan pergi terawikh mestilah aku teringat waktu pergi solat di Masjid As-Syakirin. Seronok benar. Kak Adil, Kak Alin dan Ana, rakan sebilik yang paling tak kulupa. 1 pinggan makan berempat. Jimat air. ( kolej nilam selalu tak da air). Ain, Yam, Anis, Fia, Una, Juriah dan beberapa junior juga turut bermain difikiran. Malan tu, tiada ciuman di pipi seperti dulu.. Tak mesra betul la.

Dan yang buat aku happy adalah...jeng3.. Aku lulus ujian memandu dengan JPJ. Lega betul la. Tuhan je yang tahu... Adik aku sempat pesan " akak jangan bawa laju2 tau ". Tau-tau je. Syukur lah. Sementara menunggu giliran, mulut aku asyik nak bercakap je.. Hai.. Mira.. Mira.. Tak reti diam eh? Walaupun duit dah melayang. Aku sangat berterima kasih kat semua tenaga pengajar dan kawan-kawan yang mendoakan. Terima kasih kat JPJ tu juga. Tanpa dia, siapalah aku.

Hati aku bahagia. Biarpun kekurangan sesuatu yang tiada gantinya, tetapi aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kawan-kawan, jiran-jiran, keluarga angkat dan saudara yang baik. Terharu sangat-sangat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. Semoga mereka semua diberkati.. Amin..

Wednesday, September 2, 2009

.: SI DIA :.

Finally i found him.. After several years.. Rindu sangat.. Hope my friend yang sorang ni tak hilang lagi.. He very special for me. Why??? Rahsia la.. Jangan busy body eh.. Haha.. joke je. Aku buat kesalahan yang agak besar kot cause I really want he happy. Tapi mesti dia ingat aku saja sakitkan hati dia kan... So, aku hope sangat dapat jadi kawan yang baik... Nak tebus balik kesalahan tu... WISH ME LUCK (^_^)

.: TEST JPJ LAGI??? :.

Hari ni aku belajar kereta selepas kerja nanti... Erm esok kena ambil test jpj lagi ( mesti la yang 1st fail ). So, esok mesti aku gelabah habis. Hope lepas la kali ni. Aku malas betul la nak repeat. Oh... lepas la.. Ya Allah, mudah-mudahan aku lepas test kali ni. Dah tak mampu aku nak bayar ulangan RM 160... kalau tak repeat baru leh beli baju raya..huhu