Friday, September 4, 2009

.: HATI SENANG + BAHAGIA + SUKA + TAKUT :.

Hari ini aku nak share sesuatu yang membuat aku lupa masalah atau apa-apa yang menyedihkan aku... Saja nak tulis kat entri ni.. Yelah kan Allah tu adil. Selepas mendung dan hujan, pelangi nan indah menjelma menghiasi alam ini...

Well kita start tentang cerita pertama. Hari Rabu lepas, kakak angkat aku datang rumah nak berbuka dengan aku.. huhu.. Benda pertama yang terlintas kat fikiran aku adalah... Nak masak apa??? Gelabah betul aku ni. Mujurlah kak Zura call dan cakap tak payah masak apa-apa. Semua dia yang sediakan. Untuk pengetahuan kalian, aku dapat kakak angkat ni masa aku belajar memandu.. Katanya aku tabah dan comel.. Thanks..

Mula-mula mesti la aku malu kan. Yela kak Zura datang dengan suami dan anaknya. Aku balik kerja punyalah kelam-kabut. Banyak betul makanan. ( makanan yang kak zura bawa + kak imah bagi + kak dora bagi ). Bayangkanlah macam mana banyaknya. Seronok sangat berbuka dengan diaorang. Kak Zura dengan suaminya slumber banget. So, aku tak la kekok. So, lepas makan, mestilah agenda membasuh pinggan.

Huhu.. Rupa-rupanya kak Zura nak recomment aku kat adik iparnya.. Lor.. Aku ni muda lagi dong.. Nak gugur jantung. Teringat pula aku pernah ditertawakan oleh Puan Roza ( lecture aku ) sebab tak tau kenen-kenen tu apa benda.. Alasan Kak Zura aku anak yatim dan dia nak ada orang jaga aku. Lagipun aku tak percaya kat orang yang tak berapa rapat ni... Weh kahwin bukan main-main ye.

Selepas tu aku pergi terawikh. Dalam perjalanan tu, aku teringat kawan-kawan kat UiTM Segamat terutamanya warga wing Impian. Wajah mereka terbayang di minda. Sakit ataupun sihat kami bersama. Susah atau senang pun bersama. Dalam perjalanan pergi terawikh mestilah aku teringat waktu pergi solat di Masjid As-Syakirin. Seronok benar. Kak Adil, Kak Alin dan Ana, rakan sebilik yang paling tak kulupa. 1 pinggan makan berempat. Jimat air. ( kolej nilam selalu tak da air). Ain, Yam, Anis, Fia, Una, Juriah dan beberapa junior juga turut bermain difikiran. Malan tu, tiada ciuman di pipi seperti dulu.. Tak mesra betul la.

Dan yang buat aku happy adalah...jeng3.. Aku lulus ujian memandu dengan JPJ. Lega betul la. Tuhan je yang tahu... Adik aku sempat pesan " akak jangan bawa laju2 tau ". Tau-tau je. Syukur lah. Sementara menunggu giliran, mulut aku asyik nak bercakap je.. Hai.. Mira.. Mira.. Tak reti diam eh? Walaupun duit dah melayang. Aku sangat berterima kasih kat semua tenaga pengajar dan kawan-kawan yang mendoakan. Terima kasih kat JPJ tu juga. Tanpa dia, siapalah aku.

Hati aku bahagia. Biarpun kekurangan sesuatu yang tiada gantinya, tetapi aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan kawan-kawan, jiran-jiran, keluarga angkat dan saudara yang baik. Terharu sangat-sangat. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.. Semoga mereka semua diberkati.. Amin..

No comments: