Monday, October 11, 2010

.: TABAHKAN HATINYA :.

~Hari ini, saya amat berharap agar Allah tabahkan hatinya, dan hati keluarganya~
~ Moga dugaan ini diringankan ~

~ Semoga perjalanan hidup mereka diberkati dan dikasihani oleh sang Pencipta ~

~ Semoga syurga tempat mereka ~

~ (-_-) ~

Saturday, October 9, 2010

DUGAAN, KEBAHAGIAAN & KESYUKURAN :)

Semalam tika saya memerlukan wang untuk membeli barang-barang keperluan asas yang sudah tiada, terjadi sesuatu perkara yang amat menyakitkan hati.... Duit simpanan tak boleh keluar. Masa tu hanya Allah je yang tau macam mana perasaan saya... Maklum la hari sabtu bank tutup. Rasa macam nak nangis. Sedih sangat. Sebenarnya saya terlupa yang duit claim perjalanan saya dah masuk di akaun maybank saya. Huhu... Rasa bersyukur sangat.
Hari Jumaat saya nak cuti... Saya nak buat akaun bersama di Ambank, nak selesaikan masalah wang simpanan tak boleh keluar di Bank Islam, dan akhir sekali pergi ke Tabung Haji untuk tambah simpanan... Huh... dugaan macam ni selalu je jadi.. Sabar la mira, saya pujuk hati saya. Saya terfikir kenapa la apa yang saya lalui susah sangat... Banyaknya dugaan. Tapi saya bersyukur sebab semua ni buat saya bertambah kuat. Semalam saya call kawan saya cakap duit dah masuk. (muka saya memang muka pemberi maklumat ). Tahu tak apa dia cakap??? Ala, setakat RM500 tu boleh buat apa??? Dalam hati saya terdetik, siapa yang yatim piatu??? Terkejutnya saya... Saya harap nikmat yang diberi walaupun sedikit akan buat saya bersyukur... Takutnya....
Saya mahu lalui hidup ini dengan sangat gembira, walau apa pun jadi. saya tak nak sia-siakan masa saya dengan terlalu banyak kesedihan dan kenangan yang saya rasa tidak perlu menghantui hidup saya. Saya telah diajar untuk berdikari, namun saya tetap akan menjaga kenangan yang akan membuat saya bertambah kuat. Saya tidak lupa, tidak sombong... Cuma hati saya juga perlu saya jaga. Kerana saya tidak mahu merana, tidak mahu terluka. Saya bahagia seadanya... Bersama adik kesayangan saya, kawan-kawan saya, dan dugaan yang menguatkan lagi hati saya. Itu pun ada orang nak cemburu, takde motivasi betul orang tu, haha..

Senyum (Smile) - Malique Feat. Najwa (w/Dual Language Subs)

Friday, October 8, 2010

Zapin Datok Temenggong - Datuk M. Daud Kilau HQ

ZAPIN DATO TEMENGGONG

Lagu ini saya dedikasikan buat semua rakyat Malaysia. Saya sayangkan negara ini serta seluruh rakyatnya. Kedamaian yang kita kecapi amatlah berharga. Dan jangan diendahkan mereka yang mencemburui...



seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung

wahai adikku si bunga bangsa
hormatlah pada ibu dan ayah
pakai nasihat simpan didada
itulah suluh dihari muka
pakai nasihat simpan didada
itulah suluh dihari muka

seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung

tekun belajar setiap hari
jangan kau malas nanti kau rugi
tiang agama engkau tuntuti
supaya senang di akhir nanti
tiang agama engkau tuntuti
supaya senang di akhir nanti

seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung
seribut tunduklah padi
secupak datuk temenggung

akhir skali abang berkata
nasihat abang jangan kau lupa…
pada negara jangan derhaka
agar hidupmu aman sentosa

Thursday, October 7, 2010

BUDAYA RUMAH TERBUKA

Td hadir ke rumah terbuka PELADANG dan YB Rasman.... Jimat le duit saya hari ini. Kalau dulu takde rumah terbuka pun senang nak jumpe semua orang... tapi sekarang semua dah berubah... kan?