Saturday, October 9, 2010

DUGAAN, KEBAHAGIAAN & KESYUKURAN :)

Semalam tika saya memerlukan wang untuk membeli barang-barang keperluan asas yang sudah tiada, terjadi sesuatu perkara yang amat menyakitkan hati.... Duit simpanan tak boleh keluar. Masa tu hanya Allah je yang tau macam mana perasaan saya... Maklum la hari sabtu bank tutup. Rasa macam nak nangis. Sedih sangat. Sebenarnya saya terlupa yang duit claim perjalanan saya dah masuk di akaun maybank saya. Huhu... Rasa bersyukur sangat.
Hari Jumaat saya nak cuti... Saya nak buat akaun bersama di Ambank, nak selesaikan masalah wang simpanan tak boleh keluar di Bank Islam, dan akhir sekali pergi ke Tabung Haji untuk tambah simpanan... Huh... dugaan macam ni selalu je jadi.. Sabar la mira, saya pujuk hati saya. Saya terfikir kenapa la apa yang saya lalui susah sangat... Banyaknya dugaan. Tapi saya bersyukur sebab semua ni buat saya bertambah kuat. Semalam saya call kawan saya cakap duit dah masuk. (muka saya memang muka pemberi maklumat ). Tahu tak apa dia cakap??? Ala, setakat RM500 tu boleh buat apa??? Dalam hati saya terdetik, siapa yang yatim piatu??? Terkejutnya saya... Saya harap nikmat yang diberi walaupun sedikit akan buat saya bersyukur... Takutnya....
Saya mahu lalui hidup ini dengan sangat gembira, walau apa pun jadi. saya tak nak sia-siakan masa saya dengan terlalu banyak kesedihan dan kenangan yang saya rasa tidak perlu menghantui hidup saya. Saya telah diajar untuk berdikari, namun saya tetap akan menjaga kenangan yang akan membuat saya bertambah kuat. Saya tidak lupa, tidak sombong... Cuma hati saya juga perlu saya jaga. Kerana saya tidak mahu merana, tidak mahu terluka. Saya bahagia seadanya... Bersama adik kesayangan saya, kawan-kawan saya, dan dugaan yang menguatkan lagi hati saya. Itu pun ada orang nak cemburu, takde motivasi betul orang tu, haha..

No comments: