Sunday, October 19, 2008

AMIRA SEMPENA AMIRA???



nama aku amira binti musfan. aku dilahirkan pada 13 september 1988 di hospital sultanah aminah, johor bahru. kenapa nama aku amira ek??? sebanarnya, walaupun name aku ni pendek, tapi ambil mase jugak la nak letak. sebenarnya arwah atuk aku nak letak name musalmah...huhu atuk aku nak letak sempena gabungan musfan+selasa+asmah... mesti la ibu aku tak nak. ibu kata macam kampung. akhirnya ibu letak nama aku amira sebab ibu aku berkenan sangat dengan isteri seorang engineer tu sebab isteri dia sopan santun dan baik hati.... mesti la harapan ibu aku nak aku jadi macam tu juga... tapi sayangnya isteri engineer tu dah meninggal. kata ibu, engineer tu pernah dukung aku mase aku baby lagi.. bila dia tanya ibu aku nama aku, ibu bagitau la nama aku amira. dia kata nama aku sama macam arwah isteri dia.. ibu aku diam je tanpa bagitau yang nama aku sempena nama isteri dia... aku ni mase kecik-kecik lasak+degil. dah la tu mulut laser giler.. tapi rasanya sekarang dah berubah dah. mungkin sebab aku dah besar kot.. so,harap sangat la aku jadi seperti yang diharapkan =)

No comments: