teringat pula kat adik aku yang seorang ini. nama dia amri bin musfan.peminat boleh tahan ramai (perasan la tu) tahun ni dia bakal menduduki peperiksaan sijil pelajaran malaysia. aku tau betapa payahnya dirinya. menjaga ibu yang sakit. mungkin di situ letaknya syurga buat dirimu. aku harap sangat adikku tabah melalui hidup yang penuh ranjaunya. walaupun ayahku dah tiada, tapi tiada halangan untuk dirimu menjadi pengganti ayah sebagai ketua keluarga dan secara automatiknya wali aku... aku nak adikku berjaya. aku bukanlah akak yang sempurna untuk adik sebaik dirinya. semoga pengalaman hidup yang dilalui akan menjadikan dirinya lebih matang. jutaan terima kasih buat semua orang yang banyak membantu anak yatim seperti adikku. perasaan aku terharu bilamana ramai dikalangan guru-gurunya dan sahabat handainya membantu dan memberi semangat, Allah sahaja yang dapat membalasnya. kepada insan-insan yang berat membantu tetapi asyik berkata yang tidak sepatutnya kepada bukan sahaja kepada aku malah kepada adikku mahupun ibuku, diharap Allah membuka hati kalian. aku dan adikku tidak kisah melepaskan apa yang hak bagi kami, kerana kami berharap kalian akan berpuas hati. rasanya,perkataan yang mahu aku katakan kepada adikku adalah "akak sayang e" huhu jangan gelakkan akak tau =)


2 comments:
erm..cdih nyer cter yu..
Jangan pernah segan untuk ungkapkan kata cinta pada orang yang kita sayang.. Nampak janggal tapi bila terucap.. Bermakna sangat..
Post a Comment