MENYANGGAH HUBUNGAN SEJENIS
Taqdim
Sidang jumaat yang dirahmati Allah,
Saya menasihati diri saya sendiri dan berpesan kepada seluruh muslimin, agar bertaqwa kepada Allah dan mempertingkatkannya menerusi kejelasan niat, kesungguhan usaha, kemantapan amalan dan kekukuhan konsistensi dalam beramal. Taqwa adalah manifestasi kejayaan manusia di dunia dan cerminan kecemerlangan manusia di akhirat.
Sidang muslimin rahimakumullah,
Kita menyaksikan beberapa hari yang lalu, protes dan perjuangan untuk menidakkan hak kesaksamaan diberikan kepada kumpulan manusia yang rendah kualiti akhlak dan terlibat dengan gejala hubungan seks sejenis homoseksual dan lesbian menemui kegagalan. Cabaran menghalang hak hubungan sejenis digagalkan, sekaligus memperlihatkan ketandusan hati dan kematangan minda manusia dalam melihat kebesaran Allah menerusi penciptaan lelaki dan wanita. A challenge led by Lord Morrow of the Democratic Unionist Party failed by a margin of three to one. Lord Morrow's call to annul the regulations, which have applied in Northern Ireland since 1 January and are due to be implemented across the UK by April, was defeated by 199 votes to 68. The Sexual Orientation Regulations have been criticised by some religious groups who say people will not be allowed to act according to faith. Kritik yang berterusan dalam memprotes kumpulan gay ini memberikan amaran bahawa antara implikasi yang akan dihadapi di UK ialah apabila ianya diimplementasikan sekitar April tahun ini, berbanding Ireland yang telah awal lagi menerimanya iaitu pada 1 Januari lalu, bermakna pengusaha-pengusaha perniagaan penginapan dan hotel-hotel terpaksa membenarkan pasangan lesbian atau homoseks mendaftar masuk bersama sebagai pasangan. Mana-mana ahli-ahli agama dan institusi keagamaan pula terpaksa memberikan laluan premisnya untuk disewa oleh pasangan luar tabie ini sebagai majlis perkahwinan dan sebagainya. Lord Morrow menambah, undang-undang melindungi hak perhubungan sejenis ini akan memberikan hak kepada kumpulan ini menyaman atau mendakwa mana-mana individu atau kumpulan yang cuba menghalang kebebasan mereka. Pandangan yang dikumpul daripada para aktivis yang berdemonstrasi menghalang undang-undang mengiktiraf dan melindungi kumpulan sodomi ini, antaranya ialah, manusia mungkin mempunyai orientasi berbeza namun manusia perlukan kepada pagar atau undang-undang untuk melindungi perlakuan dan tindakan mereka. Para penganut kristian rata-rata menyatakan bahawa kerajaan sekarang ini cenderung untuk meletakkan hak menjalankan aktiviti seks melebihi hak beragama. Apa yang lebih membimbangkan lagi, apabila undang-undang diwartakan, maka mana-mana guru di sekolah boleh disaman dan didakwa sekiranya mereka menyatakan kepada pelajar bahawa homoseks dan lesbian adalah salah. Maka, bagaimana nasib, masa depan dan persepsi anak-anak kita? Mereka merupakan harta, perhiasan malah jiwa raga kita. Kita tidak mungkin dapat merelakan anak-anak kita terjebak dalam situasi di mana mereka tidak dapat meletakkan agama di atas segala-galanya. Kita juga mungkin nanti tidak dapat membalas hujah berdasarkan logik walaupun menerusi ketetapan agama.
Sidang jumaat yang dirahmati Allah
Ada juga yang berpandangan dangkal dengan menyatakan bahawa undang-undang ini akan mengulangi sejarah me,bela hak kemanusiaan apabila hotel-hotel tidak dibenarkan meletakkan tanda ‘no gay’. Ianya dikatakan sama seperti mana pada tahun 60 an dan 70 an di mana hotel meletakkan pelabelan berunsur diskriminasi seperti ‘no blacks’, ‘no catholics’ dan ‘no protestans’ di pintu hotel. Sebagai respons awal bagi pernyataan ini, sesungguhnya agama mengajak dan mengusulkan persamaan hak, namun agama juga memberi penjelasan dan penekanan fungsi lelaki dan wanita di muka bumi. Kita ingin memperjelaskan bahawa apa yang mereka perdebatkan, isu penginapan di hotel dan sebagainya bukanlah isu, kerana kita yakin semua orang berhak untuk mendapatkan perkhidmatan dan perniagaan yang baik, namun isu ini bukan atas dasar itu, isu ini sebenarnya membawa kepada persolan mencabar kerasionalan Pencipta kita mencipta lelaki dan wanita, ianya menyanggah naluri dan tabie semulajadi manusia bahawa lelaki pasangannya wanita dan wanita pasangannya lelaki. Hubungan sejenis telah terbukti menerusi evidens yang empirical dan jitu bahawa ianya memudaratkan manusia menerusi penyakit Aids dan STD, dan manusia menerusi kepakarannya masih belum mampu mencari penyelesaiannya. Tidakkah mereka belajar, mengambil pengajaran dan tidakkah mereka sedar bahawa tindakan ini hanyalah semata-mata memenuhi runtunan nafsu, hingga akal dan minda hilang pertimbangan memberikan justifikasi mengikut agama dan naluri semulajadi manusia? Apakah manusia sanggup meneruskan cara kehidupan seksualiti mereka atas alasan kreativiti dan kebebasan dengan cara yang hatta haiwan ciptaan Allah juga tidak tergerak melakukannya? Adakah ini yang dipanggil perjuangan manusia mendapatkan kebebasan, hak persamaan dalam kehidupan? Persoalan-persoalan sebegini perlu diberi respons dan dilayari menerusi ketelusan iman dan ketaqwaan kepada Allah.
Ma’syaral muslimin yang berbahagia
Buat anak-anak kita, buat pelajar harapan negara kita dan buat seluruh umat Islam tercinta, Islam perlu diterapkan dalam kehidupan, konsep dan prinsip Islam berkenaan larangan dan tegahan hubungan sejenis mesti dibekalkan secukupnya. Kenapa Islam melarang hubungan sejenis? Kita boleh terus berbicara berkenaan hukum menerusi kisah nabi Luth a.s. yang berhadapan dengan umatnya yang mengamalkan hubungan sejenis. Kita perlu melihat terlebih dahulu apakah maksud hubungan sejenis dan faktor penggalaknya kenapa ia berlaku. Siapakah golongan gay yang kita hadapi ini? Pertama, jenis Homoseksual Terangan (Blatant Homosexual) Jenis homoseksual yang sejati individu secara terbuka dan terang-terangan menerima identiti diri sebagai homoseksual, bersedia unutk mempamerkan identiti homoseksual pada masyarakat serta melakukan kegiatan homoseksual.Kedua, Homoseksual Terdesan (Desperate Homosexual) Biasanya jenis ini sudah bernikah tetapi tetap menjalani kehidupan homoseksual secara bersembunyi dari pengetahuan pasangan.Ketiga, Homoseksual Sulit (Secret Homosexual) Kebanyakan mereka tergolong dari golongan kelas pertengahan, selalunya sudah bernikah. Tiada siapa yang mengetahui kegiatan homoseksual kecuali teman-teman rapat.Keempat, Homoseksual Berkeadaan (Situational Homosexual) Adakalanya seseorang berada pada sesuatu keadaan sehingga individu itu bertingkah laku seperti homoseks seperti keadaan di dalam penjara, arama dan sebagainya. Setelah keluar, selalunya mereka akan kembali menjadi hetroseksual.Kelima, Biseksual iaitu melibatkan diri dalam aktiviti homoseksual dan juga hetroseksual. Selalunya berlaku pada mereka yang sudah bernikah. Mereka berasa seronok melalukan hubungan sejenis dan berlawanan seks. Keenam, Homoseksual Selesa (Adjusted Homosexual). Golongan ini lebih terang-terangan hidup di antara sesama kaum minoritinya dan dengan mudah menyesuaikan dirinya. Ramai kaum homoseksual ini hidup dalam tingkat keintiman yang tinggi dari hetroseksual, termasuklah antara gay dan lesbian. Di antara faktor yang mendorong ke arah meningkatnya gejala buruk dan sumbang ini ialah faktor keluarga, faktor biologi, faktor individu itu sendiri yang hilang kepercayaan dan dendam pada kaum sejenis. Ertinya, kita berhadapan dengan kumpulan manusia yang telah sekian lama mewarisi pelbagai faktor dalam hidup dan melampiaskan hawa nafsu mereka hanya untuk keseronokan dunia tanpa memikir panjang akibat dan kesan jangka masa panjang. Apakah pandangan syarak terhadap amalan ini dan apakah hukumnya terhadap mereka yang melakukannya? Amalan sihaq atau musahaqah merupakan amalan terkutuk di dalam Islam. Tidak ada ulama’ yang mengatakan ianya sesuatu yang halal di sisi hukum syara’. Pengharamannya merujuk kepada firman Allah dalam surah al-Mu’minun, ayat 5-6
dan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain (Nail al-Autar, 6:16). Maksud Hadis ini amat jelas menunjukkan pengharaman liwat dan musahaqah di antara seorang perempuan dengan pasangan perempuannya. Sebahagian ulama’ berhujah tentang pengharamannya dengan sebuah Hadis lain, iaitu sabdanya yang bermaksud: Apabila seorang lelaki mendatangi seorang lelaki (melakukan hubungan seks) maka kedua-duanya adalah penzina dan apabila seorang perempuan mendatangi seorang perempuan maka kedua-duanya adalah penzina (Nail al-Autar, 7:30). Islam menerusi lisan baginda Rasulullah s.a.w. awal-awal menerapkan pendidikan seks dan penyaluran naluri manusia dan keinginannya pada jalan yang bukan sahaja selamat malah diakui tidak memudaratkan. Anak-anak disuruh agar memisahkan mereka di tempat tidur antara lelaki dan perempuan apabila sampai umur 10 tahun, Juga Islam amat menekankan pembinaan imej diri bahawa lelaki tidak boleh meniru perlakuan perempuan begitu juga sebaliknya. Malah pakaian lelaki dan wanita serta perhiasan yang dipakai jelas menunjukkan larangan imitasi atau persamaan agar terserlah keterampilan peribadi dan kejelasan fungsi lelaki dan wanita. Sesungguhnya, walau apa prinsip sekalipun yang dipakai untuk mengharus dan membenarkan hak pasangan sejenis mengikut undang-undang tempatan dimetrikan, ianya pasti akan memberikan kesan negatif pada masyarakat, jika tidak dilalui oleh pengamalnya dan pembentuk dasarnya pada masa ini, maka selepas zaman atau ketiadaan mereka, kesan buruknya akan ditanggung oleh generasi anak-anak, cucu dan generasi selepas mereka. Ini kerana aktiviti homoseksual merosakkan kekuatan moral masyarakat, membunuh institusi kekeluargaan dan keturunan, mencerminkan kemunduran pemikiran rakyat walau berdiri atas platform profesionalisme, dan bertanggungjawab atas tersebarnya wabak dan penyakit yang merosakkan ketamadunan manusia sendiri.
Sidang jumaat yang dimuliakan
Mari kita ambil pengajaran yang Allah rakamkan dalam al Quran berkenaan kisah nabi Luth a.s. dan umatnya. Salah satu adzab Allah paling dahsyat yang dikisahkan dalam Al-Quran adalah tentang pemusnahan kaum Nabi Luth. Mereka diadzab Allah karena melakukan praktis homoseksual. kaum Nabi Luth ini tinggal di sebuah kota bernama Sadum. Sehingga kerana itu amalan keji homoseksual hingga kini kerap disebut juga sodomi. Penelitian arkeologis berkenaan kisah ini memberikan penerangan bahawa, kota Sadum berada di tepi Laut Mati (Danau Luth) yang terbentang memanjang di antara perbatasan Israel dan Jordan. Dengan sebuah gempa volkano yang diikuti letusan lava, kota tersebut Allah runtuhkan, lalu terbalik dan tertangkup menyembah bumi dan masuk ke dalam kawasan atau tapak Laut Mati. Kebiasaannya bagi orang yang terjatuh, maka bahagian atas atau kepala dahulu yang tiba ke tanah,, lalu diikuti badan dan kaki. Begitu juga kota Sadum, ketika ia diruntuh dan dihempaskan oleh Allah, bahagian atas kota itu dahulu yang menjunam ke bawah yakni ke dalam laut, sebagaimana Allah kisahkan dalam Al-Quran dalam surah Hud ayat 82,
Bermaksud, maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu (terbalik tertangkup sehingga) yang di atas ke bawah, dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Hasil penelitian ilmiah para pakar menjelaskan, bencana itu terjadi kerana daerah Lembah Siddim, yang di dalamnya terdapat kota Sadum dan Gomorah, merupakan daerah tempat titik bertemunya dua bidang hamparan kerak bumi yang bergerak berlawanan arah. Titik pertemuan itu bermula sumbernya dari tepi Gunung Taurus, memanjang ke pantai selatan Laut Mati dan memanjang melepasi Gurun Arabia ke Teluk Aqabah dan terus melintasi Laut Merah, hingga berakhir di Afrika. Biasanya, bila dua bidang hamparan kerak bumi ini bergeser di daerah pertemuan kedua-duanya, maka akan menyebabkan gempa bumi dahsyat yang diikuti dengan tsunami (gelombang laut yang sangat besar) yang menyapu kawasan pesisir pantai. Juga biasa diikuti dengan letusan lava/lahar panas dari perut bumi.Peristiwa dahsyat inilah yang terjadi pada kota Sadum,sebagaimana diungkap seorang pengkaji dari Germany , Werner Keller, beliau berkata“Bersama dengan dasar dari retakan yang sangat lebar ini, yang seakan merentasi daerah besar ini, Lembah Siddim, termasuk Sadum dan Gomorrah, dalam masa satu hari terjerumus ke dalam bumi(Laut Mati). Kehancuran mereka terjadi melalui sebuah peristiwa gempa bumi dahsyat yang mungkin disertai dengan letusan petir, keluarnya gas dan asap dari perut bumi serta lautan api. Pergeseran titik pertemuan itu membangkitkan tenaga vulkanik berupa gempa yang telah lama tertidur sepanjang keretakan dalam bumi itu”. Ini sekaligus membenarkan gugusan ayat-ayat yang menceritakan kengerian peristiwa bala yang Allah timpakan pada kaum nabi Luth a.s. atas aktiviti mereka yang melanggar perintah Allah dan menjatuhkan martabat manusia.Dengan keterangan ilmiah tersebut dapat diperlihatkan semula bagaimana azab Allah itu menimpa ummat Nabi Luth yang ingkar kepadaNya.Bencana itu didahului dengan sebuah gempa yang menyebabkan tanah menjadi merekah. Dari rekahan itu muncul semburan lahar panas yang menghujani penduduk kota Sadum. Di bawah pesisir Laut Mati juga terdapat sejumlah besar timbunan simpanan gas metana yangh sifatnya mudah terbakar. Terdapat kemungkinan dan riwayat bahawa, letusan lava serta semburan gas metana itulah yang Allah maksudkan dalam Al-Quran dengan hujan batu dari tanah yang terbakar. Bencana itu diakhiri dengan hancur luluhnya kota Sadum bersama penduduknya ke dalam Laut Mati.Para pengkaji dan ilmuan telah menjalankan kajian dan membenarkan teori ini secara ilmiah satu ketika dahulu di Cambridge University. Mereka membuat rekonstruksi dan membangunkan semula kota Sadum, sebagai tiruan tempat tinggal kaum Luth di laboratorium, lalu menggoncangnya dengan gempa buatan. Ianya menepati perkiraan, dataran ini terbenam dan miniatur rumah, lalu tergelincir masuk dan terbenam di dalamnya.Penemuan arkeologis dan percubaan ilmiah ini mengungkap satu kenyataan penting, bahwa kaum Luth yang disebutkan al Quran memang pernah hidup di masa lalu, kemudian mereka punah diazab Allah akibat kemunduran dan kekejian akhlak perilaku mereka. Semua bukti terjadinya bencana itu kini telah terungkap dan sesuai benar dengan apa yang dipaparkan dalam al Quran. Mudah-mudahan, kita mengambil iktibar lebih-lebih lagi Laut Mati di Jordan merupakan bukti terbesar dan diakui bahawa perbuatan dan amalan keji ini melanggar sunnatullah atau ketetapan Allah buat makhlukNYA di muka bumi.
baraklallhu li walakum.
Prepared by
Mohd Erfino Johari
Education Attache
Malaysian Student Department UK & Eire
E mail : erfino@masduke.net
Telefon : 020 79851257
Mobile : 079 99162091
www.masduke.com
terpanggil untuk berkongsi tentang hubungan sejenis yang dewasa ini menjadi begit serius. siapakah yang harus dipersalahkan??? khutbah ini sudah lama berlalu... tetapi adakah kita sebagai umat islam berfikir dan mengambil pengajaran daripada isu ini??? adakah alasan bahawa hanya kaum sejenis sahaja yang dapat memahami perasaan dapat diterima?? pastinya tidak sama sekali. hatta niat sekalipun tidak akan dapat menghalalkan cara... saya terdetik untuk mengingatkan diri saya sendiri mahupun sahabat dan saudara seislam yang amat saya kasihi... adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menegur.. saya faham bahawa usaha yang saya lakukan untuk membantu amatlah sedikt... tetapi, kamu sahaja yang dapt menolong diri kamu sendiri... dan pasti dengan pertolongan ALLAH...
kita selalu melupakn ALLAH... penyelesaian pasti ada... pohonlah...rayulah.. pasti ALLAH akan bersama... sahabatku,percayalah... pasti ALLAH kan bersamamu untuk berubah... hatta saya sebagai seorang teman akan berusaha bersama kamu...
2 comments:
syok gak bace...tp bole tau x kt mane sumber asal mende nie.....
balas di facebook
@tengkuadnantengkumansor@yahoo.com
sori email x update ler... 2 pon kalau boleh.....
nicce writing...
assalamualaikum , boleh sye ambil potongan hadis dr blog saudari ? sye mahu kongsi dgn orang lain . sekian . =)
Post a Comment