Hari ini, aku terpanggil untuk berkongsi melalui blog ini... Atas nama Islam, aku amat berharap agar blog ini dapat menyumbangkan sesuatu kepada umat Islam seluruh dunia.. isu yang sedang hangat diperkatakan adalah isu palestin.. pernahkah saudara mahupun saudari bertanya pada diri masing-masing apakah yang telah kalian lakukan untuk membantu mereka??? sedarkah kalian bahawa kita semua adalah bersaudara dan kita wajib membantu mereka?? walaupun kadang-kala terlalu banyak halangan yang kita hadapi, namun kita seharusnya berusaha untuk membantu.. minggu lepas,sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam bilikku, rakan sebilikku terus menerpa kepadaku dan berkata"mira,kita malu". aku yang baru tiba tertanya-tanya mengapa dia malu??? setelah dia bercerita,barulah aku tahu kisah sebenar yang berlaku.. sebenarnya sahabat ku ini baru balik dari membeli barang di bandar.Dia malu kerana masih ada orang yang terus menyokong barangan israel.masih ada lagi yang menikmati McDonald dan coke.. pasti ramai yang terfikir mengapa ramai umat islam yang tidak sensitif dengan isu saudara mereka sendiri? Israel mencipta coke untuk di pasarkan di seluruh dunia tetapi hakikatnya mereka sendiri tidak meminum air berkabonat.. kenapa masih ada yang tak mengerti? semua yang mereka lakukan hanyalah untuk merosakkan kita semata.
'TIDAK AKAN REDHA ORANG YAHUDI DAN NASRANI KEPADAMU, SEHINGGA KAMU MENGIKUT AGAMA (JALAN) MEREKA'
KATAKANLAH:'SESUNGGUHNYA PIMPINAN ALLAH ITULAH PIMPINAN (YANG SEJATI)'
setelah umat islam di palestin diratah, yahudi laknatullah cuba memberikan 'gula-gula'nya. Adakah kita begitu mudah terpedaya? Harus difahami bahawa kita bukan sekadar memperjuangkan palestin. Tetapi kita sedang berjuang untuk meninggikan AD-DIN iaitu agama Islam. Tiada keamanan yang sejati selagi kalimah ALLAH belum berada di tempat yang tertinggi. Rakyat palestin memahami hakikat ini,kerana itu perjuangan mereka tidak pernah terhenti. jika kita belum memahami hakikat apa yang kita perjuangkan, bisakah kita menjadi pejuang yang sejati? buktikan kepada mereka bahawa umat islam tidak akan pernah berhenti berjihad dan tidak akan gentar syahid... buktikan kepada mereka, kita adalah bersaudara dan kita tetap bersama walaupun terpisah jauh.... Marilah kita bersama-sama menjadi orang-orang yang fahm,bukan sekadar tahu dan mahu.. seperti kata Syeikh Yusuf Qardhawi,"satu rial(ringgit) untuk produk AS saa dengan satu peluru untuk tubuh saudaramu di palestin". jadi,sama-samalah kita bersatu... darah mereka adalah darah kita.. JANGAN PERNAH BERHENTI BERDOA.. semoga Allah merahmati seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..AMIN..
No comments:
Post a Comment